Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 20, 2011

Mandi manda di PD

Posted by Faridatul at 5:47 PM
Di pagi ahadnya, mak aku beriya2 dh tanya nk mandi kat PD. Nampak gayanya kena checkout awal la then g PD. Jam 6.45 setelah solat subuh, apa lagi, aku dan mak pun segera menyiapkan makan pagi. Kalu lamabt siap nnt lambat pula nk geraknya.

Nasi semalam masih berbaki separuh periuk. Pe lagi aku pun masak ajelah nasi goreng. Telur ayam telah siap2 dibawak dari rumah, ku goreng telur mata kerbau. sosej yang berbaki lagi sepaket pun turut dihabiskan juga. Yang tak habis ikan dan juga ayam.

Setelah semua habis makan, aku segera menyiapkan pakaian2 ku, manakala ateh mengemas ruang tamu yang berselerak dan mak pula membasuh periuk2 yang digunakan. Yang lain2 taknak mandi terutamanya mak ku..katanya nk mandi nnt kat PD. hehehe.. beriya sungguh nk mandi pantai.

Jam 9.45 kami bertolak setelah selesai mengambil pemandangan di situ dan telah selamat tiba lebih kurang jam 10.30 dengan melalui area sepang dahulu. Sampai -sampai disana apa lagi.. mak terus ke pantai menikmati pasir pantai. Kata abah, hampir 27 tahun mak dan abah tak menjejaki kaki ke pantai.. aduhai sedey plak dgr. Aku dr lepas tamat belajar boleh dikatakan tiap2 bulan ke PD. huhuhu. Rasa bersalah plak dlm hati ni tapi seb baik dh dibawakan juga. Patut la mak aku beriya2 dari rumah hari sabtu tu suh adik ku bawak baju nk mandi pantai sedangkan takde plan nk g PD sebenarnya dan keadaan di pantai morib pun dh aku maklum tak sesuai tuk mandi..

Suamiku, fadzli, ila dan ateh meneruskan aktiviti seronok mereka dengan menaiki banana bot. jeles tul aku. Mak cam teringin tapi bile suh join sama, ini pula ayat yang keluar dari mulut mak ku " kalu terjadi apa2 kat mak kat tgh laut tu, tak pasal2 plak mak glamour nnt"... huhuhuh.. best tul ayat mak aku ni.. sabo jelah.

Abah hanya menikmati pemandangan dari atas sahaj sebab tak larat nk berjalan-jalan. Tapi aku sebenarnya seronok dapat membuat aktiviti seperti ni. Kalu ada semua adik beradikku join sama bersama anak buah tujuh orang lagi syok...






0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea