Pages

Wednesday, June 29, 2011

Nvivo8 di Nilai

Posted by Faridatul at 9:12 PM


Alhamdulillah telah selamat dua hari aku dan peserta yang lain berkursus dua hari di Nilai Spring Resort Hotel untuk mempelajari perisian Nvivo8 yang diajar oleh Dr Salleh. Dua hari yang diajar sedikit sebanyak dapat membantu dalam penyelidikanku nanti.

Perisian Nvivo8 agak mudah dipelajari dan agak mudah digunakan berbanding perisian lain. Keputusan untuk mendapat kan hasil keputusan dari data kulitatif seperti interview mudah untuk diklasifikasikan atau dikategorikan.

Walaupun aku merasakan Dr Salleh mengajar agak slow tp masih ramai yang agak terkial-kial menggunakan perisian tersebut. Ini mungkin disebabkan aku memang sudah biasa menggunakan komputer dan tahu akan hirarki bagi sesuatu data berbanding yang lain bukan datang dari fakulti IT.

Bercerita pula hotel nilai springs resort pula, hotelnya agak selesa. Makanan yang disediakan agak menyelerakan dan banyak pilihan. Hari pertama disebabkan kami keluar agak lambat untuk lunch dan ramai yang telah lunch b4 kami, so byk makanan dah habis. Agak mendukacitakan.

Tetapi hari kedua ni sungguh selesa sekali sebab aku merasakan hanya kami dari ukm sahaja yang berada di dalam cafe tersebut. Ni disebabkan hari ni merupakan hari cuti bagi N9 sempena menyambut isra' mikraj. So apa lagi, byk la mknan yang dimakan.

Tadi aku byk makan salad dan sup aje. Dua kali ulang makan salad dan sup sebab nasi yang disediakan bukan la tidak sedap tetapi tekak ku tak leh terima. Lauk2 hari ni plak bertemakan kambing. macam-macam masakan yang disediakan menggunakan daging kambing. Kalau la aku sihat, sudah pasti ku balun kambing-kambing tersebut.. hehehe

Esok pula akan sambung kursus spss. Otak ni cam nk jem jek. Mudah2 an malam ni dapat merehatkan otak dan dapat menerima ilmu baru esok.

Dr Salleh tgh memberi bengkel tentang nvivo

Antara peserta yang hadir.. tak ramai pun dalam 25 shj berbanding kursus nvivo yang lepas..

Kawan-kawan guru IT yang sama join kursus nvivo

Laptopku dengan perisian nvivo dibuka beserta spek mata ku.. hehe

2 comments:

Anonymous said...

ass.wr.wb..
salam kenal,
saya setyo mahasiswa di Univ.Negeri Malang East-Java Indonesia. saya saat ini sedang mengerjakan penelitian kualitatif dan juga sedang menggunakan QDA software nVivo, dimana pengetahuan praktik saya dapatkan dari belajar sendiri dan sedikit banyak menemui kesulitan2 dalam mengoperasikan software ini. Apabila berkenan, semoga perkenalan ini dapat menjadi awal persahabatan serta komunikasi selanjutnya...
wss.wr.wb..
setyo
setyo_arema@yahoo.co.id

Faridatul said...

wassalam.

salam perkenalan.

semoga bolah antara kita berdiskusi nvivo ni. saya pun baru sahaja menggunakan nvivo ni...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea