Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 10, 2011

coklat sudah menanti...

Posted by Faridatul at 12:28 PM
Alhamdulillah.. 4 hari ateh iaitu adik bongsu ku menetap di rumahku kerna cuti sekolah ni ada beberapa kerja sekolah yang perlu bantuanku. Lagipun ateh akan menduduki peperiksaan stpm tahun ni.. so kena la rajin sket. Masa mula2 dia nak masuk stpm semua bangkang termasuk la aku. bukan tak dpt tawaran lain.. pelbagai tawaran diperolehi tapi nk juga dia buat stpm.. Matrikulasi perakaunan dapat.. diploma perakauannan pun dapat..tp sume ditolak.. ntah la.. bende yang lalu usah diungkit lagi.. biarla dia buat yang terbaik tuk stpm dan terbaik tuk haluan hidupnya sendiri...

Aku ingatkan minggu lepas yang diberi MC 3 hari tu adalah hari yang paling teruk dalam hidupku semenjak beberapa bulan ni tapi minggu ni ku rasakan paling teruk.. alhamdulillah dengan kehadiran ateh, beban ku dapat la dikurangkan.. dan sekurang2nya ade teman aku dikala di opis atau di rumah ketika suamiku masih tidak pulang dr tempat kerjanya...

minggu depan plan untuk berkelah di pantai morib. Rumah persekutuan telah aku book dari tahun lepas lagi. selasa ni besday saiful anak sulung kakakku yang amat suka sekali coklat yang aku buat sendiri. Tapi memandangkan kesihatan yang menghalang aku dh bgtau awal2 pada kakak ku bahawa aku tak dapat nak membuat coklat atau sebarang kek.

Tapi semalam ateh beriya2 nak buat coklat katanya nak bg bestfriend dia sekali... akhirnya sepulangnya dr tmpat kerja, aku pun singgah di kedai yummy bakery untuk membeli bahan2 buat coklat. Sesampai di rumah terus ateh buat coklat. Kali ni buat yang senang jek iaitu coklat oreo dan crispy coklat. coklat2 yang berinti2 ni aku malas nak buat... lagipun 2 bende ni boleh diserahkan pada ateh jek sbb aku dh ajar sumenya. Lagipun masa pun singkat sbb lepas magrib aku terus hantar balik ateh ke rumah mak di kepong.

Alhamdulillah sebelum magrib coklat dh siap sumenya dengan 1 kilo milk coklat. ateh bawak pulang 2 bekas coklat. 1 bekas berisi 5 coklat oreo untuk anak2 alang dan satu lagi bekas berisi 8 coklat oreo dan 3 coklat crispy berbentuk love untuk kawan2nya. yang bekas tuk kawan aku saja siap2 sealkan. heheheh...

yang selebihnya akan dimakan pada minggu hadapan di pantai morib nanti... :-) Moga2 perkelahan minggu hadapan tiada yang menghalang...aminn

8 comments:

dijah said...

adakah ke pantai morib itu akan bersama dengan cik D?

sis_aflah said...

dijah, mengapakah timbul persoalan cik D di situ?

Faridatul said...

dijah --> kenapa plak kehadiran cik D disini dipersoalkan? heheheh... InsyaAllah tak kot. ni gathering tuk family akak jek :-).. kalu dpt chalet beso mungkin dh ajak.. tp sayangnya dpt chalet kecil jek...

dijah said...

oh.. sbb cik D kata dia tak boleh pergi kalo kita buat gathering minggu tu.. itu sebab la timbul persoalan cik D di situ.. ate, kome kan kawan baik hehe..

sis_aflah said...

dijah..ate, teman ada hal lain.. nk berdating dgn org tepen ;p

dijah said...

sis_aflah > oho.. ate, singgah le ghumah teman..insyaALLAH teman balik kg minggu ni hehe..

Faridatul said...

cik D --> aikk..dating ngan org tepen kat kl ni ke atau di tepen...

sis_aflah said...

i dating dkt2 sini je.. jauh no nk gi tepen nun.. lain la klu ada org nk tlg bwk hee

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea