Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 13, 2011

Jeruk...

Posted by Faridatul at 10:14 AM
Malam tadi aku dan suami sibuk membuat jeruk. Kalu ikutkan plan asal, jumaat lepas suamiku akan mengikuti adik iparnya untuk balik ke kampung. Hampir 2 bulan tak balik pahang. Tetapi memandangkan kesihatanku yang teruk kebelakangan ni, tak sampai hati plak suamiku untuk meninggalkan ku keseorangan dirumah atau hantar ke rumah ibu ku di selayang.

Tak sangka adik iparku telefon smlm katanya mak mertuaku kirimkan barang. Rupanya2 mak mertuaku kirimkan mempelam, jambu keling dan jambu air. Memandangkan aku tak boleh makan byk mempelam tersebut, so aku pakat ngan suami nk buat jeruk kecuali jambu air. So semua jambu keling dan mempelam dijadikan jeruk.

Inilah hasil buah yang telah dibotolkan dan direndam dengan air garam. Terdapat 4 botol kesemuanya iaitu jambu keling, kulit mempelam, mempelam epal (berwarna kekuningan dan mempelam panjang (kehijauan muda).

4 botol buah yang telah dijerukkan..

Inilah mempelam2nya.. separuh telah dipotong oleh suamiku..

Paksa rela bertungkus lumus memotong mempelam...

Kulit mempelam yang hendak dijerukkan juga...

Inilah hasilnya...Tak sabar nk ganti ngan air gula plak then makannn...Nyum2..

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea