Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dapat juga aku menaip blog setelah beberapa hari yang amat memenatkan.
Perjalanan balik ke kampung yang merupakan perjalanan jauh amatlah tidak sesuai buat diriku yang tidak berapa sihat ini.
Tetapi apa kan daya kerna ada hal penting keluarga sebelah ibuku terpaksa jua aku gagahi bersama suami tercinta. Kami berempat iaitu aku bersama suami dan ibubapa ku pulang ke kampung ulu kenas, perak pada petang ahad setelah balik dari kenduri kawen adik bongsu suri di banting. Perjalanan dari bangi ke banting kemudian ke selayang dan terus ke perak amat la memenatkan dengan kondisi kesihatanku sekarang.
Tetapi alhamdulillah hal kampung telah selesai. Aku terpaksa menambah cuti memohon cuti sehari lagi pada hari selasa memandangkan aku merasa amat lemah sekali pulangnya dari kampung pada jam 1 pagi selasa. Malangnya selasa ptg aku mengalami muntah2 dan ada beberapa kondisi yang aku takut.
Pagi tadi berjumpa doktor dan akhirnya doktor telah memberi MC padaku sehingga jumaat. Maknanya sepanjang minggu ini aku langsung tidak masuk ke pejabat. Kelas hari ni dan jumaat terpaksa dibatalkan. Meeting ptg ni pun terpaksa ditangguhkan memandangkan meeting tersebut hanya di hadiri oleh 4 orang sahaja. Jadi mereka mohon untuk semua hadir. Kalau ikutkan aku, teruskan tanpa diriku lagi bagus..heheheh
Cumanya hari ini aku terlintas untuk menaip mengenai I.K.H.L.A.S. Tidak dinafikan perempuan ni byk bercakap. Itu la sebabnya perempuan ni mudah masuk neraka. Tapi walaubagaimana pun, cuba la kita untuk ikhlas dalam perbuatan atau pekerjaan yang kita lakukan daripada kita hanya mendapat penat dan letih sahaja.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Semua orang tidak hanya perempuan kalu diberi tugasan yang kita tidak gemari bermacam-macam tohmahan dan cacian kita berikan. Kita tidak dapat menerima tugasan tersebut tetapi untuk menolak kita tak mampu. Jadi sebagai seorang perempuan yang banyak mulut apa lagi, leteran dari a sampai ke z la jadinya. Kalu ada suami, suami la tempat kita jadi leteran. Kalu ada kawan, lagi best agaknya... bertambah2 perisa dibubuh untuk untuk menyedapkan cerita sakit hati masing-masing. Benda ni memang tak dapat lari dari seorang wanita termasuk diriku sendiri.
Tapi bagaimanapun, mohon la doa kepadaNYA semoga kita ikhlas dalam pekerjaan tersebut dan semoga dinilai olehNYA... ikhlas ni sukar untuk dinilai. Hanya ALLAH sahaja yang boleh menilai keikhlasan seseorang...
So, mari la sama-sama kita mohon agar dibersihkan hati kita dan semoga kita ikhlas dalam melalukan sesuatu pekerjaan samada suka ataupun tidak. Elakkan perasaan riak dan takbur dan semoga Allah menilai setiap perbuatan kita...aminnn...
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
1 comments:
thanks saudara zuwairi.. saya baru sahaj melawat blog saudara. menarik.. byk produk yang dijual
Post a Comment