Sesudah melawat k izan dari hospital kami terus ke parkir untuk mengambil kereta. Ternampak la ada satu kereta kena rantai. Kereta tersebut agak menggangu lalu lintas. Dalam hati aku terdetik perkataan "patut pun kena rantai sebab menghalang lalulintas."
Tetapi tiba-tida muncul seorang makcik yang agak tua dan terbongkok (tuan kepada kereta tersebut) dalam keadaan cemas sambil memegang pinggangnya, kami pun menghampirinya dan bertanya sebab sian dengan keadaan makcik tersebut.
Makcik tersebut menyatakan dia ada appoinment jam 11am dan dalam keadaan tiada parking, dia telah meminta pertolongan 3 orang pegawai keselamatan yang kelihatan disitu tetapi masing-masing mengendahkannya. Masing-masing sibuk dengan hanset. Kerana terlalu sakit, maka beliau terus park di tepi jalan dan berjumpa doktor.
Dalam keadaan dia begitu aku dan lain-lain pun ingin membantu, dari jauh kelihatan seorang pegawai keselamatan sedang duduk berhampiran pintu masuk hospital. Bila dipanggil, buat tak endah siap lagi toleh tempat lain. Bukan aku sorang yang melambai tangan suh datang tempat kejadian tetapi lima orang. Kalu tak nampak saja la.
K zura segera berlari jumpa pegawai tersebut. Boleh plak pegawai tersebut minta k zura untuk berjumpa "PO". Mana la k zura tahu PO tu apa.. POST OFFICER ke.... apa ke.. tiada hemah langsung kaedah penyampaiannya.
Bila diminta buka rantai banyak plak gomelnya. Mungkin betul la sebab mula-mula dia tak tahu siapa tuan empunya kereta tetapi bila dah tahu kenapa makcik tu parking cam tu, kaedah menanangi masalah tersebut kena la berhemah. Ini tidak, siap menjawab plak " Kalu polis disamannya dah". Nak samakan polis kat luar tu ngan dalam hospital ni.
Kalu kat luar tu dah sah-sah tuk kepentingan sendiri ni dh datang hospital mestila ada hal emergency. Apa la diorng ni.. Tak guna akal nak menjawab.. ish2. Dah la cara menjawab tu cam nak cari gaduh. Ni guru-guru it ni tak buka mulut lagi. Tak kuar lagi perangai masing-masing. Kalu tak..siap la diorng..
Apa fungsi diorng ni pun entah la. Diorang ni observer jek kot.. huhuhu
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
2 comments:
U pun xde fungsi dlm cerita ni... u pun just observer juga....huhuhu...
sekurang-kurang sudah membantu.. mana observernya.. tak baca ke...
Post a Comment