Semalam dapat emel dari k noi yang mengatakan mohon maaf dr keluarga dan pihak k izan sendiri kepada seluruh warga fakulti. Macam pelik jek bunyinya dr emel ni. Aku pun segera menelefon k noi tapi dijawab oleh ayu.
Rupanya2nya k izan dah lama masuk hospital atas penyakit kancer. Maka aku bercadang ngan opismate tuk lawat k izan tengahari ni.
Melihat keadaan k izan di atas katil macam orang sihat jek. Muka berisi, wajah ceria walaupun kepala hampir botak, badan pun berisi. Takde langsung gaya2 orang sakit apatah lagi sakit kronik yang diperkatakan itu.
Bila tanya anak dia, farah yang menjaga k izan diketika itu, rupa-rupanya k izan ni luaran je nampak sihat. Dalam hanya Allah sahaja yang tahu. Bila rasa badannya, Ya Allah sejuk tangan2nya. Suhu badannya pun suhu bawah normal. Jari-jemarinya pun dah kehitaman dan keras. Doktor yang mahu memeriksa tekanan darah ketika itu tidak dapat melakukannya kerana tak dapat dengar denyutan nadinya. Maknanya denyutan nadinya terlalu perlahan.
Begitu juga ngan kakinya. Bengkak dan besar. Habis tapak kaki merah kehitaman. Kata anaknya sebab darah tak berjalan.
Bila ditanya puncanya, dikabarkan mungkin sebab pertukaran darah sebab doktor dah mengesahkan bahawa cancernya dah ok. Tapi lain plak jadinya. Sebab dah tiada tenaga, k izan dah tak larat nak mengangkat badannya. Maka sepanjang duduk di hospital hampir sebulan itu, seluruh badannya yang mengandungi air tidak dapat kering terutama di bahagian belakang badan. Semasa aku melawatnya, habis cadar kain basah. Sian ku melihat k izan.
Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya. Ajal maut ditangan tuhan. Kita sebagai manusia dan khalifah beriktiar selagi mampu. Selainnya terserah kepada Ilahi.
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment