Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 18, 2009

Semoga Roh k izan dicucuri rahmat

Posted by Faridatul at 1:32 PM
Jam 10.28pm hari jumaat lepas aku menerima satu mesej dari k yaz yang berbunyi "dimaklumkan Pn Azizan (omak) telah meninggal dunia pada jam 9.30pm tadi. Alfatihah"...

"Innalillah", aku pun terus foward mesj tersebut kepada rakan2 yang lain yang mengenali arwah. Baru je aku menziarahi arwah di hospital putrajaya rabu yang lepas dan arwah kelihatan ceria.

Ajal maut ditentukan olehNYA. Yang hidup akan mati. Yang masih hidup kena teruskan hidup tetapi jadikan iktibar, bahawasanya kematian itu datang bila-bila masa sahaja.

"Sudah cukup kah amalan ku untuk dibawa ke sana nnt?"... sama2 lah kita ambil iktibar.


Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

Disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an : “Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197)

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea