Seperti biasa aku membuka tombol di bilik yang masih dalam keadaan gelap... tangan meraba-raba di dinding mencari lampu..
"Wahhh..apa dah jadi... ada pencuri ke dah masuk dalam bilik aku ni..", setelah melihat bilik opisku bersepah dengan payung hiasan yang sepatutnya di atas almari jatuh di lantai. fail-fail di atas meja seperti telah diusik dari kedudukan asal.
Dalam keasyikan membuat kerja, tiba-tiba kerja ku diganggu dengan bunyi yang aneh dari belakang mejaku. Ada sesuatu antara mejaku dengan dinding. Aku membiarkan saja kerana hendak menyiapkan kerja sebelum jam 12pm. Tetapi aku menjadi mengelabah bila bunyinya makin menjadi2 menghempas dinding. Rakan seopisku di bilik sebelah pun menjerit..
"Mas, apa bunyi tuh".. sambil lari ke ke bilik sebelah.
"Mana aku tahu", balas Mas. Aku segera ke bilik ku dan call teknican untuk meminta pertolongan.
"Minta turun bawah, ada makhluk Allah yang tak diketahui duk belakang meja tapi tak tahu apa. Takut Ular jek... Bawak jelah apa2 peralatan tuk tangkap", balas ku pada abang rais. Siap tinggalkan pesanan suh bawak 3-4 orang lelaki lain tuk turut bantu. huhuh
"Laaa... tupai jek, cam ne boleh masuk bilik korang ni, ish3x".. setelah hata menghalau tupai tersebut. Tapi malangnya dari bilik aku masuk plak ke bilik mas.
Kalu aku tahu tupai dari awal aku dah tangkap sendiri.
Tapi geramnya bila aku balik dr lunch, masuk jek bilik hidung ku dicucuk-cucuk. Bau busuk yang teramat sangat. Bilikku berceceran ngan najisnya.
Rupanya2 masa aku g lunch tadi, rakan seopisku seramai 4 orang tu dengan bantuan abang rais g ngejor tupai tersebut. Patut la tupai tersebut terceceran najisnya. Mesti ketakutan. Masalahnya, bilik makin jadi tak menentu. Penutup tingkap berselerak dan najis berceceran, paper ku bersepah..adusssss... tensionnya...
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment