Hampir jam 9.30 setelah rehat2 melepaskan penat, kami terus menuju ke kolam renang di Kelab Rekreasi UKM (KRU) untuk melatih wafiy berenang. Alhamdulillah hari ni dia dah dapat diselamkan lebih lama dari latihan pertama di Janda Baik minggu lepas. Dan tak sangka wafiy pun dah pandai mengeluarkan air dari mulut. Dia tak minum air yang masuk mulut. sekurang-kurangnya dia tak tersedak air kolam tu.. huhhu
Petangnya pula, aku membawa wafiy menaiki stroller ke kedai jimat. Jauh juga kedai dari rumah. Biasanya kami naik keta tapi hari ni saja je nak bawa wafiy jengjalan. Dia pun cam ok jek. So, hari ni hari yang dipenuhkan dengan aktiviti beriadah. Dah lama aku tak beriadah so rasa penat sket dari biasa.. huhhu.. harapnya dapat istiqamah untuk beriadah selepas ni. :-)
abi menolak stroller bergilir2 ngan ummi
tertido wafiy.. mana tak nya kul4 pg dh bangun seperti hari2 biasa...
wafiy dah terjaga.. nak main2 ngan abi plak
masih mengantuk.. huhuh
abi dan wafiy sama2 tak pakai baju.. malu2..
0 comments:
Post a Comment