aku plak di cuti hujung minggu inni sibuk dengan memasak. Pagi semalam (sabtu) menyiapkan makan pagi dengan bihun goreng bersama keropok ikan dan ayam ayamas. Kopok tuk stok dalam 2 bekas balang. maklum la nak rehat2 sambil tgk tv boleh menguyah..huhuhu...
di kesempatan waktu ini juga aku menyediakan makanan wafiy. Hari semalam (23 jun 2012) genapla wafiy 6 bulan. sempena menyambut kelahiran 6 bulan aku pertama kali memasak makanan buatnya.. bubur nasi, ditambah ubi karot, kentang dan ikan bilis. kemudian dikisar dan dimasak semula. cukup2 untuk 3 kali makan.
Hari ini plak bertambah rajin sket dr semalam. Pagi aje dah sarapan nasi dengan sayur campur dan ikan patin goreng. Memang menyelerakan bila ada ikan patin khas di bawa dr pahang ni.. fresh dan manis isinya.. sempat juga buat makanan bubur afiy dan beberapa stok carrot dan brokoli puree untuk wafiy. Dapat la 3 bekas dadih setiap satu.. boleh la stok untuk seminggu ni.
Malamnya pula, suamiku membuat air soya. Aku plak membuat paste cabonara dan juga pop corn. Pop corn ni kali ke3 dah buat. kejap je habis. sekali buat paling lama bertahan 2 hari... jimat dan lagi sedap dr kedai rasanya.. hahahah
sarapan aku dan suami semalam. bihun goreng, kopok ikan dan ayam ayaman bersama kopi panas... nyum2
makanan bubur wafir semalam. nasi + kentang + carrot + ikan bilis
corrot puree (merah) dan brokoli puree (hijau) untuk wafiy. dibuat pagi tadi. stok untuk seminggu
soya yang dibuat khas oleh mr chef taman tenaga.. heheh
paste cabonara.. dapat la 3 bekas untuk 3 kali makan nanti
popcorn caramel.. kali ke-3 dah ni.. ni yang dpt ditangkap setelah suku dh dihabis makan.. hehe
0 comments:
Post a Comment