Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 6, 2012

Wafiy dan pandai menyusur

Posted by Faridatul at 10:36 AM
Semalam terpaksa aku cuti dan suami pun terpaksa membuat programmingnya di rumah gara2 si kecil demam. Nak kata demam panas pun tak juga. Kejap demam kejap tak tapi yang pasti dia still lagi aktif cam biasa atau sebenarnya lagi aktif dari biasa.. hahaha.. sebab apa aku ckp camtu sbb dia tak mau tidur. sempat la jam 9-11.30 pagi dia tidur dalam buaian tapi lepas tu tak mahu tidur dah walaupun mata dah tersengguk2 dan dah terlena pun. Tapi bila kepala atau tangan dia jatuh ke tilam atau teralih dari badanku dia akan bangun dan tersenyum sambil bercakap2 bahasa yang aku tak paham.. kononnya dia buat cam dia segar la tu.. sabau ajelah...

Aku paksa juga dia tidur dengan masukkan dia dalam buaian.. macam orang histeria aje.. bila aku dukung seperti nak masukkan dalam buaian dah menangis. Masuk aje dalam buaian dan meraung.. terpaksa la aku keluarkan dia dari buaian.. Macam2 idea dah digunakan termasukkan tutup lampu, pasang aircond konon takut panas.. tp semua tak jalan. Boleh plak dia main2 ngan toys dia.. kalu dalam gelap tu dia meniarap berguling2 takpun dia main masukkan kaki dlm mulut sambil mengomel tak henti2.

Dan pagi tadi berat juga nak hantar dia ke taska. Tapi wafiy ni dan jadi cam rutin dia plak kalu ummi ngan abi ada kat rumah, dia nk jalan2 dan tak mau tido. So apa lagi terpaksa la juga hantar ke taska memandangkan cam demam dia tak de la panas sangat cuma di bekalkan juga la ubat demam ke taska.

Pagi tadi sebelum g kerja aku dan suami melayan wafiy sebab dia seperti merungut di tinggalkan seorang atas katil. Jadi terpaksa la aku dan suami bergilir2 teman dia main atas katil. Dan kami  perasan sesuatu iaitu  dia dah pandai menyusur. Patut la semalam ptg aku hampir terlelap apabila nak tidurkan wafiy, permainan kat kepala katil boleh diambilnya. Bila di taska tadi sempat la tanya kat cikgu ana, dan cikgu ana kata dia dh lama pandai menyusur.. huhuhuh.. yelah, kat rumah mana ummi ngan abi nak perasan. Balik jek dari taska, mandikan dia dan terus masuk tido. Paginya lepas bangun tido, ummi ngan abi dah sibuk nak g keje. Cuti lak asyik takde kat rumah.. asyik jengjalan aje.. so tak nmpk perkembangan wafiy yang sebenar.. hehehhe...

Sket lagi boleh la wafiy merangkak.. lagi pening la dibuatnya..huhuhu... skrg ni pun dh tak terlayan.. asyik nak main aje.. :-)

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea