Semalam aku ada bengkel di IOI Pal Gaden. Perbincangan untuk kursus pengaturcaraan C++ sem satu nanti pada bulan september nanti. Aku dah rohizah ditugaskan untuk menyediakan bank soalan makmal. Disebabkan rohizah ada masalah lain dan tidak dapat hadir sama maka pembahagian kerja antara aku dan dia tergendala. Takpe la masih banyak lagi masa .. huhuhu
Setelah semua barang dipakaging tengahari tadi, selesai sahaja semuanya jam 5.30 ptg kami bertolak dari bangi. Tapi singgah dahulu kat stesen minyak shell di fasa 1 sbb suaminya nak bg cd installer pada kawan lamanya.
Perjalanan diteruskan ke Chini dan perjalanan kali ini kami tidak berhenti dimana2 kecuali setelah sampai di Muazam Shah sbb hendak ke toilet. Maklum la perjalanan yang lama. Kaki pun dah kebas sebab memangku wafiy yang ketiduran.
Dalam perjalanan kami kali ini, ada satu insiden yang agak pelik iaitu ada 2 ekor babi hendak melintas jalan dari seberang ke jalan kami. Disebabkan tiada lampu jalan, hanya berpandukan kepada lampu kereta, babi tersebut tidak la nampak dari awal. Yang aku sedar tetiba suamiku menekan brek. Maklum la kereta kami yang lead sepanjang jalan tersebut dan tiada pula kereta dari jalan bertentangan. Alhamdulillah kereta belakang pun tidak mengekor kereta kami terlalu dekat.. kalu tidak ada kejadian yang tak diigini berlaku..
Yang peliknya, babi yang menyeberang itu adalah babi berwarna pink dan besar. Ekor yang kontot dan tidak berbulu. Sama sekali tidak seperti babi hutan seperti yang dilihat oleh anak sedara suamiku, Tasya ketika babi hutan merayau2 di halaman belakang rumah mak mertuaku... Sampai sekarang Tasya masih ingat babi tersebut. Tapi yang kelakarnya Tasya tak panggil makhluk tersebut babi atau khinzir tetapi yang disebutnya badakkkkk.. huhuhu. Anak bandar la katakan..
Jam 9.15pm akhirnya kami tiba dengan selamat di rumah mak mertuaku di Felda Chini... dan wafiy pun terbangun dengan mata yang segar untuk bermain2 dengan nenek dan sepupu2nya...
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
3 comments:
tu babi bela tu. terlepas dari kandang agaknya
ye la tu kot.. nak kata babi hutan cam takde bulu plak.. hahaha
Hai! datang follow sini...
Post a Comment