Pages

Sunday, June 10, 2012

Menemani MIL membeli jubin di Kuantan

Posted by Faridatul at 11:23 AM
Petang semalam aku, suami wafiy dan Tasya menemani ibu mertuaku mencari jubin. Maklum la warga felda dapat durian runtuh. Mak mertuaku dan plan tuk tilekan rumah mana2 yang masih tidak berjubin. Sayangnya aku lalai kali ini dimana aku membawa kamera tetapi tiada memori kad di dalamnya. Jadi tak dapat la aku hendak mengambil gambar percutian kali ini dan juga rumah mak mertuaku ini. Lepas ni yang paling awal balik kampung pun mungkin raya nanti dan rumah mertuaku sudah menjadi lain suasananya terutama sekali di perkarangan luar rumah... alohai nape la cik pari leh careless sesgt ni... mmmmm

Petang jam 3 kami bergerak mencari jubin. Satu persatu kedai jubin yang ditunjuk oleh mak mertuaku tidak disetujui oleh suamiku sehingga la 1 kedai ni yang hampir dengan bandar kuantan. Yang tukang memilihnya aku la.. hahahha.. sbb mak mertuaku beri kuasa penuh pada aku dan suami... apa lagi, mula la menunjukkan skill memilih.... hahahha... Aku rasa jubin kat sini lagi murah dari kat KL. Ada cadang juga nak tile kat perkarangan parking tp belum sampai waktunya. Mak mertuaku kata suamiku pandai mengbuat tile.. apa lagi... dengan ruang yang tidak sebesar mana aku rasa kalu nk tile depan rumah takde la sampai RM1k kot. sbb mak mertuaku tile ruang depan, ruang koridor, bilik dan bilik air hanya RM2K... itu belum masuk upah dan simen serta pasir. tapi erti katanya dengan seluasan seperti itu harga jubin baru mececah RM2K... mungkin boleh difikirkan nanti nak tile ke tak ruang parking rumah... hehehhe

Setelah habis shoping, ami meneruskan xpidisi mencari kopok leko. Nyaris2 nak ke kemaman di pantai Mok Nik atau dengan nama english yang glamour adalah Monica Bay... hehehe... tapi memandangkan jam sudah menceceh jam 6pm mak mertuaku  tak benarkan... Akhirya kami hanya mencari kopok lekor di sekitar beserah dansamapi di pantai balok ke rumah adik iparku...

Jam 10pm juga la baru kami sampai ke rumah Chini setelah memborong ayam KFC untuk dimakan beramai2.... heheheh

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea