Pages

Saturday, June 16, 2012

Berjalan2 di Putrajaya menunggu maksu

Posted by Faridatul at 11:45 PM
Memang cadang nak balik hari ni tapi tidak la seawal tadi.. Patutnya jam 5.00 atau lepas asar baru plan nak balik selayang. Tetiba dapat lak msg dari ateh kata dia kat putrajaya ada program under Giat Mara menyaksikan okestra kat Audotorium.. Msgnya berbunyi yang dia lapo.. dia minta ambil jam 4.30pm. Nasib baik aku ada masak dan ada lebihan ayam masak merah seketul dan sayur kangkung sedikit dan nasi yang cukup2 untuk seorang makan. Kononnya suamiku kata nk sambung makan lepas baiki motor..nampaknya rezeki ateh la tu.

Jam 4.15 kami keluar rumah. Sekali mak aii... jam 6.15 baru amik dia.. sementara tu sempat la g sembahyang kat masjid putrajaya, amik gambar dan sebagainya meganti kebosanan yang ada..Setelah ambil ateh, kami kembali di perkarangan masjid. Sebelum sampai ke masjid ada tempat riadah dan jual2. kami berehenti disitu dan ateh menikmati nasi yang aku bekalkan dan aku bersama suami membeli rojak pasembor dan rojak buah. Lapa balik setelah menunggu ateh yang agak lama...

bergambar di depan pintu masuk masjid putrajaya



bergambar di tiang bendera di perkarangan masjid putrajaya

bergambar di depan pejabat PM


ateh@maksu yang kelaparan

abi juga lapa setelah menunggu lama maksu


sedap tul ummi masak smpai maksu lipat tangan baju nak mkn cepat.. hehehe

bergambar dengan maksu dlm keta...





Malamnya ada orang nak belanja makan. Mulanya fadzli nak kenalkan kedai maanan kawan dia yang juga merupakan salah seorang salah seorang penyanyi (lupa dh namanya)... kami tak kesah kedai mana2 janji sodap.. Fadzli kata kedainya tomyam putih gilerrr sedap tai sayangnya sesudah sampai di situ nak order ikan hanya ada seekor ikan siakap, seekor ikan bawal dan selebihnya ikan kembung. semua ikan kecil2 aje padahal kami ni jumlah dewasa 10 orang.. so terpaksa berpatah balik ke selayang. Makan di area kedai kepong berhadapanan simpang ke FRIM. Restoren BONDA namanya.. boleh tahan juga la sedap kat kedai tu....so lepas ni boleh la nak belanja kat kedai tu aje.. tak de nak susah2 g gombak cam sebelumnya... :-)

wafiy bergambar dengan khalil di rumah opah

wafiy sibuk membaca.. hehehe



penat dh membaca, kita mkn plak apa yang dibaca.. huhuhu

time makan berapronkan napkin.. hehehe




opah lak menyuapkan makanan ke wafiy





0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea