Pages

Thursday, June 28, 2012

Wafiy sudah laju mencapai mainannya

Posted by Faridatul at 1:47 AM
Alhamdulillah., dapat jua diberi kekuatan olehNYA untuk mencatit serba sedikit dalam blog ini. Blog ini akan menjadi tatapan di hari tua nanti dan akan dibaca oleh anak2 ku nanti. Harap2nya masih wujud lagi la blog ni hendaknya.. huhuhu

Dua hari ni, aku dan suami perasan sesuatu perubahan positif pada wafiy. Wafiy kejap aje mencapai mainannya. Dari minggu lepas lagi dia dah pandai angkat dadanya dengan tangan. So nak kemudi dirinya ke kanan dan ke kiri amat mudah sekali.. Tetapi awal minggu ni perasan la kalu dia mengamuk nak mencapai mainannya dia, punggung dia akan terangkat dan mudah mencapai mainannnya.. tetapi itu kalu dalam keadaan dia mengamuk la.. kalu tak, dia menyusur perlahan-lahan untuk mendapatkan mainannya. Tapi  kelmarin perasan sangat dia boleh menganggat punggung tanpa perasaan mengamuk dia tu. cepat aje terus mencapai sesuatu. Kalu letak kat ruang depan, bagi la 2-3 mainannya pandai aje dia tukar2 mainan walaupun lokasi antara mainan jauh.

Aku tak tahu la istilah dia masih menerap atau pra awal merangkak.. Tapi kalu terusan begini dan boleh merangkak ni, ruang dapur dah kena pagar. huhuhuh....

Makin seronok tengok wafiy membesar di depan mata sendiri walaupun banyak pembelajaran dia dapati di taska. Maklum la ramai kengkawan dia dah pandai merangkak. Mungkin cabaran buat wafiy juga untuk merangkak sama.. heheheh

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea