Pages

Thursday, June 21, 2012

semakin tebal jerebu di taman tenaga

Posted by Faridatul at 10:39 PM
hari ni hari yang terlalu sibuk buatku.. hahaha... pagi2 kena jaga exam di dewan gemilang menggantikan Dr Mariati (kak mar) yang sedang menunggu hari untuk melahirkan baby boynya. Semoga kak mar selamat melahirkan dan semoga ibu dan baby selamat hendaknya.

Setelah habis jaga exam jam 11pg aku terus ke dewan abdullah salleh untuk menghadiri bengkel web 2.0 siri ke 6. Patutnya kena hadir jam 8pg tapi memandangkan aku kena jaga exam so terpaksa la lewat sedikit ke sana. Kelakar betul la budak2 international menjawab soalan. Lebih kurang sama jek mereka menjawab soalan. Antara soalan dan jawapan yang mereka berikan : Q: What is different between logical dan physical DFD? A: One is logical and another is phsycal... sabau ajela..

Bengkel habis jam 5ptg. Prof Imbi betul2 menggunakan masa yang ada sehingga jam 5pm. Balik saja dr bengkel aku terus ke rumah, ambil wafiy dan g shoping di Jimat. Keluar aje dr kedai Jimat, asap hitam berkepul2 keluar dari belakang bangiunan kementrian kesihatan. Aduss.. dah la musim berjerebu dengan indek ipu yang tinggi. Ini ditambah pula dengan pembakaran terbuka. Masa nak balik tu singgah sekejap di area pasar malam taman tenaga untuk lihat dari mana datangnya pembakaran tersebut. Nampak la van bomba datang. Mungkin untuk saman atau sebagainya pada mereka yang membuat pembakaran tersebut..










0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea