semalam jam 11 pg bermulalah perjalanan ke tempat kenduri rumah kawan pijah. Melalui highway tetapi keluar ke tol pedas- linggi. Meneruskan perjalanan ke rumah kenduri area masjid tanah melalui jalan kampung. Dalam jam 12 lebih kami pun smpai. Kedua-dua pengantin adalah staf angkasa sepertimana yang diberitahu oleh pijah.
pijah bersama pengantin, kami yang lain tak dapat bergambar sebab pengantin sibuk
aku pun tak tahu apa perbalahan antara pijah dn mije ketika itu..huhuhu
Selepas kenduri, perjalanan hendak diteruskan ke ayer keroh tetapi kononnya nak singgah ke komplek falak alkharizmi. Konon nak singgah kejap tapi jadi lama plak.
di depan balai cerap alkhawrizmi
Tempat yang menarik tetapi sayangnya hebahannya tidak meluas. Selain boleh melihat pameran yang pelbagai info mengenai dunia falak, boleh juga menonton planeteirium dan 3D. Bayaran x mahal. Untuk kedua2 nya sekali baru rm5 sahaja.
satu daripada antiviti disitu, boleh cantuman muka denagn kawan-kawan anda..lihatlah wajah baruku..huhuhu
woman in black..huhhu.. ni spek untuk tangok cerita 3D
Selain itu, boleh juga melihat ruangan cerap dan melihat permandangan sekeliling sekitar tanjung bidara menggunakan camera di situ. Tempat ni betul2 menarik dan sesuai untuk dijadikan tempat lawatan ambil belajar.
Cik dilah tengah skodeng..huhu..bagitau mak dia...
Setelah hampir 3 jam kami disitu, perut telah berkeroncong. Nak makan ikan bakar. Tanya orang tempatan tempat makan ikan bakar paling best kat situ. Ingatkn di umbai jek yg sedap rupanya di sini pun ada. Tempatnya nama Kuala Sg Baru.
Perjalanan terus ke sana tetapi apabila melihat ada tanda port dikson 49 kilometer sahaja dr situ, niat terus bertukar. Jam ketika itu menunjukkan kul 5.17 ptg. Maka tak jadi la nkmakan ke kuala sg baru. Cadangan terbaru yang semua setuju adalah makan di bagan lalang, beristirehat di port dikson.
Hutan rekreasi..pintu masuk ke rumah api tanjung Tuan
Setibanya ke port dikson, cik dilah teringin nk ke rumah api. Tak sangka ada hutan rekasi disini. Jam menunjukkan jam 6 petang. Nak ke rumah api, perlu melalui bukit dengan berjalan kaki. kira2 10 minit barulah smpai ke rumah api tersebut. Rumah api tanjung tuan. Ya allah cantiknya pemandangan. Hilang segala penat lelah menaiki bukit tadi. Segala cabaran dan halangan yang terpaksa tempuh tadi hilang semuanya.
Inilah rumah api tanjung tuan.. penat sehhh
segala penat hilang bila tengok keindahan alam ciptaan ilahi ini..
Perut dah berkeruncung. Semua kelaparn. Perjalnan terus ke bagan lalang. Setibanya di bagan lalang, kedai yang biasa kami makan penuh. Maka terpaksa la beralih arah ke seaview. Makanan disini tidak kurang juga enaknya tapi sayangnya pepahat sudah kehabisan.
masih di port dikson..cantik kan pemandangan dia.. subhanallah
sesi makan ikan pun bermula.. mana ikan bakar..lambat sgt..bateri kamera ini yang paling last..tak sempat nk shot gmbr makanan terutamanya ikan bakar.. huhu
Jam 12pm lebih baru la sampai di rumah tercinta. Perjalanan yang singkat dalam 1 hari tapi banyak juga info yang diperolehi hari ini.
More pictures :
click here